Saturday, March 26, 2011

SPM 2010 : Tahniah buat semua

Tahniah pada rakan-rakan guru LKRC dan ERT Daerah Pontian yang telah berjaya membimbing calon sekolah masing sehingga mencatat keputusan yang baik dalam SPM 2010. Semoga usaha kalian akan beroleh keberkatan dari Nya. Buat semua calon pula , semoga tercapai cita-cita yang anda idamkan.

Sunday, April 25, 2010

PAMERAN HARTA INTELEK 2010 - RENAISSANCE KUALA LUMPUR



Persiapan sebelum pameran bermula esok pagi 26 - 27 April 2010

Wednesday, November 11, 2009

Wednesday, October 7, 2009

Groups Pilihan untuk Guru LK dan RC

Groups Guru LK Johor
Groups Guru RC Kebangsaan
Groups Guru RC Johor ( Untuk Guru RC Johor Sahaja)

Terima Kasih Pn Tan Moi Yan

JKD RC dan ERT Daerah Pontian mengucapkan selamat bertugas buat Pn Tan Moi Yan yang akan bertukar ke SMK Selesa Jaya, JB. Segala jasa dan bakti yang beliau curahkan sepanjang 9 bulan sebagai Pengerusi JKD RC dan ERT amat dihargai dan disanjungi. Semoga berjaya di tempat yang baru. Jasamu tetap dikenang

Tuesday, June 9, 2009

Gambar-Gambar Sekitar Pertandingan Model Rumah dan Ilustrasi Reka Cipta







Tahniah Buat Daerah Pontian

Tahniah buat JKD LKRC Daerah Pontian kerana telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Ilustrasi RC dan Naib Johan Pertandingan Membina Model RumahPeringkat Negeri Johor 2009 yang berlangsung di SMK Dato Penggawa Barat pada 29 - 30 Mei yang lalu.

Friday, April 17, 2009

Maklumat Penyelarasan 1 PBS

Pada semua guru RC dan LK Daerah Pontian.. Tuan puan diminta mempersiapkan semua urusan PBS bagi tujuan pemantauan 1.

Sekian untuk makluman

Pemberitahuan

Pada semua ahli JKD Mata Pelajaran Reka Cipta daerah Pontian...sila hantarkan maklumat berikut pada SU JKD dengan kadar segera

1. Maklumat Data Guru Terkini
2. Maklumat Terkini bilangan murid RC T4 dan T5
3. Data Head Count Sekolah
4. Maklumat ETR SPM 2009
5. Senarai nama murid yang mencapai markah 30% ke bawah berdasarkan TOV 2009


Sekian Harap Maklum

Wednesday, January 7, 2009

Pertukaran JKD MP LKRC

Mulai tahun 2009 sekolah dibawah akan bertanggungjawab sebagai pengerusi Panitia bagi mata pelajaran berkenaan.

LK - BT 34
RC - SMK Ayer Baloi

Pada JKD ini diharap dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna .
Pada SM Teknik Pontian harap buat persediaan penyerahan tugas masa mesyuarat 1 JKD MP nanti.

Sekian Harap Maklum

Pertukaran JKD Mata Pelajaran RC dan LK

Mulai tahun 2009 tugas Pengerusi JKD MP LK akan diambil oleh SMK Bt 34 manakala untuk MP RC akan diambil alih oleh SMK Ayer Baloi , Pontian .
pada JKD LKRC ( SMT Pontian) - harap dapat membuat persiapan penyerahan tugas bila mesyuarat JKD MP berkenaan diadakan nanti.

Harap Maklum.

Selamat berpisah Cikgu Eruan dan Cikgu Normadiana

JKD LKRC mengucapkan selamat berpisah pada Cikgu Eruan Anmbar dan Cikgu Normadiana guru LK SMK Bt 34 kerana telah berpincah ke sekolah baru mulai tahun 2009. Semoga berjaya di sekolah yang baru. Pihak JKD LKRC merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga pada kedua-dua guru ini yang turut membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar LK Daerah Pontian sepanjang bertugas di Daerah Pontian. Jika ada salah dan silap serta kami dari JKD LKRC Pontian mohon jutaan kemaafan.

Persekolah 2009

JKD LKRC Pontian mengucapkan selamat kembali ke sekolah pada guru-guru dan pelajar RC dan LK Daerah Pontian. Moga-moga tahun 2009 akan lebih memberi kejayaan yang lebih cemerlang .

Thursday, October 23, 2008

Program Tuju A Daerah Pontian

Ucapan terima kasih pada sekolah-sekolah RC yang telah memberi kerjasama pada saya semasa Program Berkenaan.

Wednesday, September 24, 2008

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

JKD LK RC Pontian mengucapkan Salam Aidil Fitri pada semua guru dan pelajar LK RC Daerah Pontian. Mudah-mudahan ianya dapat disambut dengan penuh kesyukuran.

Wednesday, September 3, 2008

Jadual SPM 2008

LK - 2 Disember 2008 ( 2.00ptg-4.30ptg) - Selasa
RC - 3 Disember 2008 ( 2.00ptg-4.30ptg)- Rabu

Jadual penuh SPM 2008